Wednesday, December 16, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431

Posted by FiguRa

Maal Hijrah atau Awal Muharram mengingatkan kita tentang penghijrahan nabi ke kota Madinah. Sama-samalah kita berdoa memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas segala pemberian-Nya pada kita selama ini. Teruskan perjuangan kita demi Islam... Allahuakbar...

Wednesday, December 2, 2009

Aidil Adha...

Posted by FiguRa

Aidil Adha dah berlalu... on the way balik kampung... jalan area lenggong ada kemalangan ngeri...
tiga mati... bomba bertungkus lumus potong rangka kereta keluarkan mayat... sedih tengok...
memang teruk... Perdana V6 hilang kawalan...
Alhamdulillah aku selamat sampai....

Thursday, November 19, 2009

lamakan...

Posted by FiguRa

Lamakan tak update blog...
agak bizi sekarang nie.... Lepas raya puasa aritu banyak aktiviti dibuat....
Open "haus" kenduri doa selamat dan tahlil... maaf kepada kawan2.. tak sempat nak jemput..
sebabnya last minit punya cerita... keja kat opis banyak tak sempat nak Hello kengkawan...
Nextweek cuti seminggu...masuk kerja pas aidil adha...
tahun nie xder wat korban...maybe next year...

errmmm aniq pun dah setahun dah...dah boleh jalan dah... gigi dah tumbuh atas bawah...
cerdik plak tu... suka sangat dengan tom tombak aznil tu.... layan jer bila dia nak tengok...
bila dah pandai jalan nie... semakin kita kena kawal dia... bukan per takut dia cedera...

huh... nanti aku sambung lagi... nak wat kerja jap

Thursday, September 17, 2009

Hati-hati di jalan raya

Posted by FiguRa

Salam kepada kengkawan sekalian...
Yang mana akan balik beraya nanti termasuk aku...
Ingatlah orang tersayang...
Hati-hati di jalan raya...

kalau yang naik flight tu nanti bg tau pilot hehehe

SALAM LEBARAN
Assalamualaikum....

Mata kadang tersalah pandang,
Telinga kadang tersalah dengar,
Mulut kadang tersalah ucap,
Hati kadang tersalah duga,
Kaki terkadang tersalah langkah,
Tangan terkadang tersalah cuit,
Minda terkadang tersalah andai,
Maafkan segala silap yang pasti ada...

Selamat Menyambut
Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Thursday, September 3, 2009

Ulang Tahun Ke-2

Posted by FiguRa

usia perkahwinan aku dan liana baru masuk tahun ke 2 pada 31 ogos...
masih jauh lagi perjalanan kami... alhamdulillah semua baik...
aniq sekarang nie makin nakal... dah pandai dah nak main nyorok2...
moga hubungan kami bahagia ke akhir hayat...Amin

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Posted by FiguRa

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
hari nie dah ari ke 3 kita semua umat islam berpuasa...
Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua atas salah dan silap saya secara sedar atau tidak... semoga ramadhan kali ini penuh makna buat kita semua...

Wednesday, August 5, 2009

Aniq demam panas

Posted by FiguRa

Alhamdulillah...
Aniq dah semakin sembuh dah...
Dah aktif dah... susah hati betul kalau tgk dia demam...
Nak pulak sekarang nie ada selesema babi...
Risau betul aku... mudah-mudahan Allah taala pelihara kita semua..Amin

Tuesday, July 28, 2009

Birthday Aqil Ammar

Posted by FiguRa





Ahad baru nie ada birthday party kat umah kawan wife aku...
sempat la posting ngan depa...






Friday, July 17, 2009

Terlalu Bizi...

Posted by FiguRa

Bizi gila aku kat department baru nie...
Byk benda yang kena belajar...
Almaklum la aku nie zero knowledge dlm bidang nie...
Tp yang penting kat sini bizi2 pun keja enjoy...
Boss so far sporting lagi la...
supervisor aku pun kepala sama...

Monday, June 22, 2009

Dah Transfer daaa...

Posted by FiguRa

Minggu nie minggu kedua aku kat new department..
kerja aku buat follow-up cari document missing..dan banyak lagi..
semua berkaitan dokumen.. tapi semua document consumer loan...
Business loan other department already take care...
seminggu di sini aku dok saja...minggu nie aku dah start taip surat...
1st time buat surat..hahaha...surat di hantar ke solicitor...
pergghhh...1st time tuu... hehehe tgk surat dr solicitor ada la...
nie anta ke solicitor...hahahha...
sini ada lebih kurang 60 staff...ramai dari department lama aku..
tapi sini banyak unit...aku under recovery...

Thursday, June 11, 2009

Benzema buruan Red Devils

Posted by FiguRa

PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson sekali lagi menaruh minat untuk mendapatkan khidmat bintang serangan Perancis, Karim Benzema selepas keinginannya ditolak kelab juara Liga Perancis, Olympique Lyon musim panas lalu. (metr0)

Bagus la kalau MU amek Benzema...
Berbatov main cam hampeh...Tevez pulak da nak blah da...

Adik beradik bola sepak

Posted by FiguRa

PENGURUS Fulham, Roy Hodgson berharap dapat mengikat Digao, adik kepada bintang Brazil, Kaka yang sudah berhijrah ke Real Madrid. Adik beradik dalam sukan bola sepak bukanlah satu keganjilan, jadi berikut disajikan 10 pasangan adik beradik ternama dalam sukan itu.

1. Bobby dan Jack Charlton
Legenda Manchester United, Bobby Charlton bermain buat kelab itu 805 perlawanan manakala adiknya Jack beraksi buat Leeds sepanjang kariernya dengan 773 penampilan. Kedua-duanya bermain buat pasukan England yang memenangi Piala Dunia pada 1966.

2. Ronald dan Erwin Koeman
Erwin bermain buat FC Groningen dan KV Mechelen tetapi kejayaan terbesarnya hadir bersama PSV Eindhoven, yang mana dia menang kejuaraan Eredivisie dua kali (pada 1991 dan 1992). Ronald lebih menyerlah di kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, yang mana dia tampil sebanyak 191 kali.Erwin kini menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Hungary, manakala Ronald dipecat daripada kelab terbarunya, Valencia, awal tahun ini.

3. John dan Justin Fashanu
Justin muncul pemain kulit hitam pertama Britain dengan tanda harga satu juta pound apabila Nottingham Forest membeli pemain berusia 19 tahun itu pada 1980. Adiknya John, beraksi dengan banyak kelab antaranya Millwall, Norwich City, Wimbledon, Aston Villa dan studia TV Gladiators dan meraih dua penampilan bersama pasukan England.

4. Gary dan Phil Neville
Kedua-dua pemain pertahanan memulakan karier mereka di Manchester United. Gary masih berada di sana selepas menghabiskan musim lalu di tepi padang dan bercadang kembali berada dalam pasukan utama United musim depan. Adiknya Phil menjadi pemain utama dalam skuad David Moyes di Everton sejak berpindah dari Old Trafford pada 2005.

5. Xabi dan Mikel Alonso
Abangnya, Mikel tampil lapan kali buat Bolton Wanderers musim lalu selepas menyertai kelab itu secara pinjaman dari kelab Sepanyol, Real Sociedad. Xabi pula menjadi tonggak utama di Liverpool sejak berhijrah dari Sociedad pada 2004.

6. Frank dan Ronald De Boer
Pemain kembar, Frank dan Ronaldo kedua-duanya bermula di kelab Belanda, Ajax Amsterdam. Ronald kekal di kelab itu hampir keseluruhan kariernya dengan membuat 328 penampilan manakala abangnya bertukar kelab dan menamatkan kariernya di Rangers. Kedua-duanya mewakili pasukan kebangsaan Belanda, dengan Ronald meraih 67 cap manakala Frank 112.

7. Rio dan Anton Ferdinand
Sekalipun kedua-duanya menjadi produk akademi terkenal West Ham, Rio dan Anton tidak pernah berpeluang beraksi bersama-sama di Upton Park. Rio meninggalkan kelab itu menyertai Leeds pada 2000 dna kemudian muncul pemain pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak Britain apabila dia berpindah ke Manchester United dengan harga STG30 juta (RM168 juta) pada 2002. Adiknya Anton mengetuk pintu skuad utama West Ham pada 2003 sebelum berhijrah ke Sunderland September lalu.

8. Shaun dan Bradley Wright-Phillips
Anak bekas legenda England dan Arsenal, Ian Wright kedua-duanya muncul bintang pasukan simpanan di Manchester City. Shaun membuat perpindahan dengan perbelanjaan besar ke Chelsea pada 2005 manakala adiknya Bradley berhijrah ke Southampton setahun kemudian.

9. Michael dan Graeme Carrick
Satu lagi hasil akademi West Ham, sekalipun tidak begitu berjaya seperti keluarga Ferdinand. Michael kini menyinar di bahagian tengah Manchester United manakala Graeme sudah tidak keruan selepas dilepaskan oleh West Ham pada 2005.

10. Fabio dan Rafael Da Silva
Kembar kedua dalam senarai tetapi tidak begitu berjaya seperti keluarga De Boer setakat ini. Fabio dan Rafael adalah pemain sayap kanan dan kiri yang menyertai Manchester United dari kelab Brazil, Fluminense. Mereka hanya berusia 18 tahun, tapi banyak lagi boleh diharapkan daripada mereka.
(petikan dr Metro)

Monday, June 8, 2009

7 JAM BALIK KEDAH

Posted by FiguRa

Huuhh... memang memenatkan...
Tak pernah aku balik Kg sampai 7 jam...
Kalau balik beraya tu lain la cerita..nie hari biasa saja..
Paling laju boleh bawak pun 60km sejam...
HOHOHO... penat penat...
sampai ja hentian Tapah aku berhenti tidoq...
masa tu kol 2 lebih... bertolak dari rumah pkl 10 lebih...
tak pernah sampai tapah 3 4 jam... selalu dalm 2 jam atau kurang...
tapi alhamdulillah selamat sampai...
walaupun mata nie dah tak tahan nak tidoq..

Friday, June 5, 2009

Last Day...

Posted by FiguRa

Hari nie last day buat kak linda dalam department aku dan juga dalam CIMB Bank nie...
Dia dah buat keputusan untuk berhenti sebulan yang lalu.. Sedih je... Dia bawak Laksa Johor pagi nie... Bau sedap nie... Perut dah lapaq.. hilang rasa sedih nie...hehehe rasa lapaq dok mai... hehehe...

Lupa pulak...

Posted by FiguRa

Tak tau macam mana aku boleh lupa...
Terperasan lepas antaq anak aku kat kak ipaq aku...macam ada yang tak kena..
rupanya aku keluaq rumah tak pakai minyak rambut...nampak macam bangun tido la pulak...
huhuhuhuhuu kelam kabut patah balik... nasib baik belom masuk sungai buloh lagi...

Thursday, June 4, 2009

Staff baru sudah masuk...

Posted by FiguRa

Yeeaaahhhaaa!!!
Staff baru dah masuk...dia bakal ganti aku...
nanti nie aku akan masuk new department.. hehehe tapi tak tau lagi bila...
coz notice to transfer belum keluar... huhuhuhuu aku kena ajar dulu staff baru nie...

Wednesday, June 3, 2009

Konvokesyen ke - 70 UiTM

Posted by FiguRa





Kemarin konvokesyen adik aku, kak wa...
Dia terima ijazah sarjana muda sains fizik...
Yang bosan kat pesta konvo nie satu ja...
Banyak sangat gerai bunga...lain pada itu tak dak...

Apa pun TAHNIAH Kak Wa









Friday, May 29, 2009

Messi gegar MU

Posted by FiguRa


BRAVO!! BRAVO!!
Apa dah jadi dengan MU nie...

Tu la bila di beri perhatian sangat...Tapi aku tabik la dengan Barca... (nie pun team aku suka juga hehehe) game yang cantik malam tu... Guardiola bagi aku coach yang bijak...musim pertama dah boleh rangkul 3 piala... aku rasa lepas nie saham dia makin naik la...

TAHNIAH BARCA!!!

Bizi lagi

Posted by FiguRa

Bulan 7 nanti nak pindah bangunan lain plak...
Kalut sikit aku la nie... collection ada kot dalam 10 ribu...
mana nak buat nie... kak linda dah resign..tinggal aku sorang pas nie...huhuhhuu

Aniq kat wad (4H3M)

Posted by FiguRa



Kesian anak ku...4 hari 3 malam tido kat wad...

gara2 kena cirit birit.

Alhamdulillah da baik dah dia...

Monday, May 18, 2009

EPL Champions

Posted by FiguRa



We are the Champions


Tuesday, May 12, 2009

Mother's Day

Posted by FiguRa






Sabtu hari tu... Aku and family wife aku semuanya berkumpul dekat rumah abg sulung wife aku..Kami nak pi makan dekat ...(tak boleh sebut nama tempat kesian kat pengusaha tu) Bila sampai saja kat sana dalam jam 8 lebih..
makanan yang tinggal hanya Steamboat saja.. BBQ dah takda...
Petang tu abg ipar aku book... semua menu ada..tapi bila sampai saja di sana..yang ada untuk dimakan hanya SteamBoat yang tak brapa stim bagi aku... frust betul...tapi tak pa...pihak restoran belanja malam tu...
last sekali Amin decide makan dekat Yankies kat bangi.. I follow jer..hehehe tak tau jalan beb...
So bila sampai sana lebih kurang 9 lebih... kami pun cari port nak makan... dapat la tempat yang best... ala2 kampung gitu... teringat aku kat umah tok aku... lebih kurang jer suasana dia... cuma bezanya dia restoran hehehe.... makanan malam tu bagi aku ok la... sebabnya aku tak boleh nak balun sangat...aku ada gastrik...doktor cakap jangan makan benda yang pedas2 dan berangin serta ada "kafien".... so kena la pantang makan...huhuhuh





Thursday, May 7, 2009

Ragut

Posted by FiguRa

minggu nie macam dah jadi minggu ragut plak...
makin menjadi2... mangsa ragut cedera sampai bawak kemati...
aku harap pihak berkuasa dapat membanteras gejala ragut nie...
biar hukuman tu berat dari sedia ada...
potong tangan ker...

chelsea vs barcelona

Posted by FiguRa

1st jalf aku tgk ngan anak aku...hehehe
aku terjaga dari tido...bgn solat isya' kebetulan plak aniq pun jaga...wife aku tukar lampin..
dia nampak aku bangun jer dia pun xnak tido...
apa lagi... bawak la dia tengok bola kat ruang tamu...
main2 jap dengan dia... pastu 1st half abis masuk tido...aniq pun tido juga...
Barca menang malam tu kiraan gol tempat lawan...

barca vs MU nanti..
nie aku nak tengok...hehehe

Monday, May 4, 2009

Aniq demam panas

Posted by FiguRa


Kesian aniq...
Petang khamis ari tu aku cepat2 balik ngan wife aku...
aniq demam panas...
Dia tak ceria macam selalu..asyik nangis saja...
wife aku dah runsing... asam jawa dah lumur... air daun bunga raya dah sapu kat kepala..
tapi panas tak turun2 jugak...
malam tu aniq tido kat riba aku sampai kol 4 pg...sesambil layan MU lawan Arsenal...

Alhamdulillah pagi tu dia dah beransur pulih...
dah boleh lompat2 sikit...

hari nie dia batuk2 lagi...demam dah xder lagi..
alhamdulillah...

Friday, April 24, 2009

Kelantan vs Selangor

Posted by FiguRa

Malam besok final kelantan vs selangor..
keluarga mentua aku semua pakat nak pi...
aku join juga...kami akan duduk di kerusi penyokong Kelantan...
yeaahh...saja nak pi sorak2... da lama tak pi stadium.. last kedah vs selangor tahun lepas..
apa pun aku harap malam esok game yang best..bukan hampeh...

Wednesday, April 22, 2009

Panas kat Kedah

Posted by FiguRa

Cuaca tak menentu kat kg aku...
sebelum balik KL hujan lebat betul...
sedap ja tidoq... dalam 2 3 hari aku kat sana...panas sungguh..
Dia bagi peluang orang kg pi motong (menoreh)...

Selamat sampai

Posted by FiguRa

Semalam kol 7.20 ptg aku sampai umah dari kedah...
Elok2 org azan maghrib...
Syukur Alhamdulillah...Selamat sampai

Friday, April 17, 2009

Jumaat 17.04.2009

Posted by FiguRa

Ari nie macam biasa la kot...aku pi solat kat masjid Negara...
lepas solat Jumaat pekena bihun sup...
Esok aku balik kg...

Wednesday, April 8, 2009

Pilihan Raya Kecil

Posted by FiguRa

PAS MENANG DENGAN MAJORITI 2789, PAS 21860, BN 19071, BEBAS 62. TAKBIR!!!

PR 2 - BN 1

aku rasa, rata2 org dah boleh agak... PR akan menang 2 tempat ini.. Bukit Gantang dan Bukit Selambau... menarik di bukit selambau bila 13 orang calon bebas hilang wang taruhan... tu la..tu la sapa suruh nak bertanding...

semalam dalam astro awani.. seorang penganalisis tu kata.. rata-rata kaum india di bukit selambau menolak MIC... depa bersalaman dengan calon BN pun sebagai tanda menghormati... tidak semestinya yang bersalam itu akan pangkah/undi dia... dan semalam telah terbukti bila PKR mempertahankan kerusi DUN bukit selambau... (bukit selambau nie tak jauh sangat dengan kampung aku...)...


TAHNIAH PR...






Tuesday, April 7, 2009

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Posted by FiguRa

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."

Thursday, April 2, 2009

Moyang wife aku telah kembali kerahmatullah

Posted by FiguRa

Jam 2 pg tadi lebih kurang macam tu... mentua aku dapat call dari nenek bagi tau yang wo dah meninggal dunia... rasa dah seratus tahun lebih umur wo....
Al-Fatihah

April Fool

Posted by FiguRa

aku kena kan boss lama aku hehehe....


GOOD NEWS!!!!!! Are u in the PRIVATE COMPANY?
Finance minister has approved a Bill which comes into effect on 01.04.2009 and it states that all Privately Held companies need to give a minimum salary increment of 15% to all employees every six months.
This comes as a relief to petitioners appealing against the growing work hours in the Privately Held organizations and which do not have a proper system to check overtime.
The bill also mentions that all employees be provided 24 days of casual leave every year.
Please see the attached document for the list of companies which will be brought under the umbrella of the Bill in the first round of implementation.
And if the name of your company features in the list, kindly circulate this mail among your colleague.

Dia percaya bulat2 hahahaha.....

Tukar selera

Posted by FiguRa

Boring-boring aku cari la template2 yang menarik...
So aku saja test yang nie... hehehe almaklum la free...

Friday, March 27, 2009

PRK N.25 Bukit Selambau 13 penjuru???

Posted by FiguRa

Rekod nie...tak pernah lagi terjadi.

Tuesday, March 24, 2009

Gantung

Posted by FiguRa


PKR akan terus menerbitkan akhbarnya Suara Keadilan walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permitnya serta-merta semalam selama tiga bulan."Kita akan teruskan walaupun tanpa permit," kata ketua penerangannya Tian Chua kepada Malaysiakini.

Tuesday, March 17, 2009

Portal Baru

Posted by FiguRa

Insyaallah... Aku akan lancarkan satu portal baru...
Portal nie lebih kepada repair and service hp...
Dalam portal tu juga akan di sediakan ruangan kepada sesiapa yang hendak menjual barang2 mereka tidak kira apa jenis barangan yang boleh di jual dan bernilai... Ruangan ini adalah PERCUMA... Aku cuma bertindak sebagai orang tengah dimana aku akan hanya mengambil KOMISYEN shj... barang2 akan di pamerkan dalam tempoh tertentu bagi memberi ruang kepada orang lain untuk mengiklankan barang2 mereka yang hendak di jual...Almaklum la percuma...Jadi kepada sesiapa yang berminat atau ada kawan2 ada barangan nak di jual... Boleh la hantar gambar barangan dan details price yang ditawarkan ke email basrihamid2008@gmail.com sebarang pertanyaan bolehlah anda emailkan ke alamat tadi.

Monday, March 16, 2009

Masih lagi sibuk

Posted by FiguRa

Aku sebenarnya buat2 sibuk jer skrg nie...hehehe
aku dok memikirkan macam mana aku nak kembangkan lagi bisnes repair & service HP aku nie... Tadi nie aku borak ngan kawan cina aku...dia bagi marketing strategy untuk aku... tak sangka plak cara dia tu aku tengah pikir... cuma dia bagi tips lebih lagi la pasai dia orang cina.. dia ajar sikit2 macam mana nak tackle orang cina... mudah2an Allah taala beri peluang untuk aku dan dimurahkan rezeki.. Amin

Friday, March 13, 2009

SPM: Anak nelayan dpt 20A

Posted by FiguRa

Anak nelayan, Nik Nur Madihah menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM kepada bapanya, Nik Mohd Kamal Husin yang berada di atas bot ikan di Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan, semalam. Madihah muncul pelajar terbaik bagi sekolah tajaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan mendapat 20A. -BH


Tahniah dik.... wah hebat jgk dia nie...
20A.. aku dulu nak dpt 1A pun pening...
Dia senang ja leh dpt 20A


Sebulan aku kat damansara

Posted by FiguRa

Huh...sebulan jgk la aku kat damansara... opis boss aku..
mati kutu jugak la aku bila kat sana.. nak update blog pun x dapat...
ari nie leh la aku update sikit cerita2 yang ada...
Aku dah minta transfer ke department lain sekarang nie...
tak tau lagi la department mana coz department yang aku nak tu dah penuh...
so sekarang nie aku kena la tunggu...
apa pun boss aku dah approve...hehehe

Friday, February 27, 2009

Fikiran celaru

Posted by FiguRa

Aku masih lagi terbayangkan arwah azwan.... last kami berhubung bulan lepas...
aku ada sms dia tp tak reply... mungkin time tu dia sibuk...cuma yang tinggal sekarang nie hanya kenangan...

23.02.2009

Posted by FiguRa

Jam 2.30 pg pada 23.02.2009... sepupu aku...azwan telah kembali ke rahmatullah dalam usia 26 thn... pagi jam 8 lebih tengah aku tunggu cab...azmir (adik arwah) call bagi tau azwan meninggal dunia... terjatuh kuih karipap aku dari tangan aku... arwah rapat ngan aku...sampai kereta kami pun sama jenis sama warna... aku tak jadi gi opis... amek EL... aku terus amek Lrt..patah balik amek kereta aku... aku amek azmir kat ampang... kami ke Hospital K.K.B untuk uruskan jenazah... jam 2.10ptg.. baru jenzah boleh di bawa keluar... pihak hospital sedia kan van jenazah yang diuruskan oleh majikan arwah untuk dibawa balik ke Kedah... alhamdulillah sebelum isya kami sampai... arwah selamat di kebumikan jam 9.30 mlm... Al-Fatihah

Food Poisoning

Posted by FiguRa

Aduh... pening semacam jer kepala aku nie.. mula rasa muak...
jalan sambil dok picit kepala menuju ke kereta aku....
aku bgtau wife aku yang aku rasa lain macam jer nie....
sambil drive sambil picit kepala....
sampai jer umah aku rehat2... solat maghrib... plan nak gi amek anak pas solat tp perut aku da rasa lain macam... adus... senanknya.... angin nie... mula la aku muntah2... tp cuma kuar kahak jer... cirit birit pastu...aku gi klinik jgk mlm tu...
father in law aku yang drive... aku malas nak drive... takut sakit perut dia mai...
doktor cakap aku ada makan makanan kotor... adoi... rupanya nescafe susu yang aku bancuh tu tak ngam ngan perut aku... esok tu aku EL...dah doktor tak bg MC... tak mau dah aku nescafe susu

Salam Semua

Posted by FiguRa

Dua minggu jgk la aku tak update blog aku nie...
dalam 2 minggu nie macam cerita ada....
dah 2 minggu jgk aku kena kerja kat damansara nun...
parking keta kat cheras (umah lama) naik Lrt pastu sampai masjid jamek kena plak amek CAB.... adoi...penat aku.... sebulan aku kena kat sana... ada lagi 2 minggu....
Nie semua boss aku yang suruh...
dia minta aku kesana....

Thursday, February 12, 2009

Ranking Malaysia menjunam ke-161

Posted by FiguRa

KETIKA kebanyakan negara Asean lain mengalami proses kenaikan ranking dunia sejak kebelakangan ini, nasib Malaysia berada sebaliknya.Berdasarkan kedudukan terkini yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Fifa semalam, ranking Malaysia terus menjunam dari 158 kepada 161.

Apa dah jadi???

Pinjam bank beli Ronaldo

Posted by FiguRa

MADRID: Real Madrid akan meminjam 70 juta Euro (RM328.3 juta) daripada bank terbesar Sepanyol, Santander untuk mengukuhkan dana pembelian pemain sayap Manchester United, Cristiano Ronaldo.Bagaimanapun, stesen radio Sepanyol, Cadena Ser berkata, pinjaman itu belum mencukupi untuk menampung yuran perpindahan terbabit.“Cristiano Ronaldo sudah mengikat perjanjian dengan Manchester untuk menyertai Real penghujung musim ini bagi sejumlah nilai munasabah,” kata radio itu tanpa mendedahkan sumbernya.Media sukan Sepanyol beberapa minggu melaporkan, pemain berusia 23 tahun itu sudah bersedia menyertai juara Sepanyol terbabit sekalipun berulang-kali menafikannya.

MU nak jual x nie??

Wednesday, February 11, 2009

Jin di sembelih - "Mati atau tidak"

Posted by FiguRa

Sabda RasuluLLAH SAW dari Abi Said al-Khudri:

"Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah ia mengarahkannya ia keluar (sebanyak 3 kali). Jika ia enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan"

Berdasarkan hadis di atas ada beberapa iktibar yang boleh kita ambil :

1. Wujudnya jin Islam, maka amat silaplah golongan yang berpegang "sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia"
2. Adanya kumpulan jin yang bernama "awamir" yang suka tinggal di rumah manusia
3. Jin boleh dilihat tetapi bukan pada bentuk asal
4. Boleh membunuh jin setelah diberi amaran sebanyak 3 kali
5. Tidak banyak perbezaan dari segi fizikal antara jin dan syaitan, apabila jin engkar ia dikategorikan sebagai syaitan
6. Jika jin masuk rumahpun boleh dibunuh tentulah lebih wajib membunuh jin yang masuk ke badan manusia. Kerana kerosakan apabila jin berada di badan lebih besar dari sekadar berada di dalam rumah.

Persoalan mati atau tidak bukan hak kita. Kerana yang memati dan menyembuh adalah hak mutlak ALLAH... jangan suka membuat andaian tanpa asas atau sandaran.

http://akrine.blogspot.com/2009/02/sandaran-dan-pre-caution-membunuh-jin.html

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini untuk membincangkan kedudukan kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah.

Kedah akhiri kemarau

Posted by FiguRa

KEDAH berjaya menamatkan kemarau kemenangan apabila menundukkan pendahulu Liga Super, Klus Plus 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk berada di hadapan setelah rembatan Shahrul Nizam Mustafa yang terkena palang pada minit kelapan berjaya ditolak Mohd. Fadzly Baharom.
Fadzly terus mempamerkan kecemerlangannya apabila berjaya menambah gol kedua tuan rumah pada minit ke-63.
Tersentak dengan dua gol Kedah, KL Plus bangkit mengasak kubu tuan rumah dengan serangan bertali-arus.
Bagaimanapun, benteng pertahanan Kedah bijak menutup ruang buat pasukan pelawat sehingga wisel penamat dibunyikan.

Friday, February 6, 2009

Pakatan Rakyat boleh bentuk kerajaan - Mahathir

Posted by FiguRa

Irwan Muhammad Zain Fri Feb 06, 09 2:56:20 pm MYT (Dipetik dari HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh membentuk kerajaan di negeri Perak biarpun hanya minoriti.

"Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan," tegas Mahathir.
Bekas ahli Umno itu dalam blognya hari ini berkata sandiwara di Perak masih menggelikan hati.
"Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?" soal beliau.
Mahathir seterusnya berkata, jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.
Situasi ini kata beliau memungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal. - mks._

Di Perak

Posted by FiguRa

LAPORAN MALAYSIA KINI

Polis tembak gas sekali lagi, lebih banyakFeb 6, 09 12:05pmkemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata. Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis. kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Kecoh dah kat Perak

Posted by FiguRa

Polis tembak gas pemedih mata ke arah orang ramai...
http://www.tranungkite.net/v8/

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau akan menulis surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru. Sivakumar berkata, beliau akan menghantar surat pada jam 3 petang ini untuk tujuan itu dan turut memohon perkenan Sultan untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar. Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan pada pukul 3.30 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam. http://www.tranungkite.net/v8/

Dari jam 10 malam hingga saat ini, kenderaan yang bertali arus di depan kediaman rasmi menteri besar terus-menerus membunyi hon selama hampir dua jam - dipercayai menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Ribuan orang masih berkumpul di tepi-tepi jalan di luar kediaman tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan bersurai.

Kenyataan penuh Sultan Perak

Posted by FiguRa

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yangditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor. http://www.malaysiakini.com/news/97682


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak. http://www.malaysiakini.com/news/97687

Wednesday, February 4, 2009

MB masuki Istana Kinta jam 3.50 petang tadi

Posted by FiguRa

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada jam 3.50 petang tadi. Beliau diterima mengadap untuk memohon perkenan Sultan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta. Bagaimanapun, beberapa Ahli Exco negeri yang turut bersama Menteri Besar tidak dibenarkan masuk mengadap.

DALAM kenyataan media tergempar di Pejabat Perhubungan Negeri Perak di sini, Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Ahmad Awang diminta menjelaskan ura-ura Sultan Azlan Shah ada meminta Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin segera membubarkan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat. (tvpas.com)

IPOH: Kedudukan kerajaan Perak dalam keadaan tidak menentu dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dijangka mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk memohon perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Satu sidang media yang sepatutnya diadakan pada jam 1 petang tadi ditangguhkan tanpa sebarang penjelasan.

Apakah akan berlaku kejutan lagi...
kita nantikan bersama

Tuesday, February 3, 2009

Last day

Posted by FiguRa

Jumaat ari tu last day bagi kawan aku...yang merangkap opismate and supervisor aku...
Dia dan keja untuk 6 bulan saja kat sini... Boss x nak "kompom"kan dia...
aku tak tau atas alasan apa... kawan aku nie tegas... Apa pun aku doakan semoga dia berjaya dalam bidang yg akan di ceburinya nnt...KOPITIAM

Thursday, January 29, 2009

Jem gila

Posted by FiguRa

24hb baru nie aku balik kg...
pukul 1 lebih pas solat zohor aku gerak....
keluar saja jalan Rawang..kenderaan semua makin slow...
paling laju blh bawak 40km sejam...
jem gila... letih aku... pukul 6 lbh baru dok ipoh... selalu dlm 4 jam nie aku dah sampai kg aku dah...

Wednesday, January 21, 2009

Manchester Utd. Seeks Sponsor, AIG Unlikely to Renew

Posted by FiguRa

Manchester United, the English and European soccer champion, says it can eclipse its 19 million- pound ($26.6 million) shirt sponsorship deal with American International Group Inc. as the club looks for new partners.
The 17-time English champion sent letters to a “select number of worldwide companies” offering them the possibility of having their names emblazoned on United’s famous red shirts, club spokesman Philip Townsend said in an interview today.

AIG’s sponsorship runs until the end of the 2009-10 season. In September, the U.S. government pumped $85 billion into the insurer and took an equity stake in the company, which is unlikely to renew the United agreement.
Any new partnership will tie in with the start of the Premier League’s new broadcast contract, which is currently under negotiation. The league is also seeking to play some competitive games overseas from 2010, with many to be staged in Asia.

Apa itu Istidraj...

Posted by FiguRa

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul ├ŽIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj.. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Tuesday, January 20, 2009

Are You Going to Finish Strong? - Video

Posted by FiguRa

I find this video very inspiring, hope you learn something from it, as I did.

http://www.maniacworld.com/are-you-going-to-finish-strong.html

Friday, January 16, 2009

Celaka punya Indon

Posted by FiguRa

Semalam adik kak ros ada wat scanning kat umah mak mentua aku... adik kak ros nie pandai bab nie... dia bagi tau indon yang masuk umah ma tu orang yang pernah mai wat kerja kat rumah tu...(masa renovate).. so dia memang tau la dalam umah tu ada brapa bilik... Dia kata indon tu terdesak...dia nak balik indon x da duit.. jadi umah mentua aku la yang dia target....

Apa pun moga kami semua di lindungi Allah dan orang tu dapat balasan yang setimpal...

Wednesday, January 14, 2009

Kursus baiki HP

Posted by FiguRa

Aku tengah repair tu

Peralatan membaiki HP

HP nie masalah dia kat screen LCD. Dah ok da...


masalah speaker pecah...









Kursus baiki HP

Posted by FiguRa

2 ari aku kursus kat bagan anjuran HH era communication dengan kerjasama PERDA...

memang best kursus nie...tak boring..
walau pun kursus nie 2 hari saja tapi insyaallah aku dah boleh tau macam mana nak baiki HP yang problem..

ANTARA TOPIK YANG DIAJAR:

1· Prinsip asas telefon bimbit.
2· Perkakasan dan perisian dalam telefon bimbit.
3· Teknik mengesan kerosakan telefon bimbit dan cara penyelesaiannya.
4· Cara menggunakan peralatan membaikpulih telefon bimbit contohnya “solder”, “blower”, “multimeter”, “power supply”, dan “tool set”.
5· Cara menggunakan software untuk membaikpulih telefon bimbit.
6· Masalah-masalah yang sering berlaku dan cara penyelesaiannya:
*Tidak boleh dihidupkan (no power)
*Tidak boleh dicaj (cannot charge)
*Tiada network/signal (no network)
*Tidak boleh panggilan ataupun masuk (cannot call in or out)
*Masalah pembesar suara dan mikrofon(speaker & microfone)
*Tidak boleh “vibrate” (cannot vibrate)
*Pad kekunci gagal berfungsi (keypad failed)
*Masalah “Insert sim card”
*Tiada bunyi (no sound)
*“Hang”
*Serangan virus
*Kegagalan sistem operasi
*“Contact service”

Insyaallah next month aku akan start buka kedai... dalam rumah jer dulu hehehe sebelum ada kedai sendiri... nnt nie aku nak kawan2 cadangkan nama2nyer k... hehehe nie part time aku jer...
kalau ada sapa2 berminat nak tau nanti aku akan ajar...
bayaran tu nnt aku pikir...hehehe

Celaka punya Indon

Posted by FiguRa

09.01.2009... peristiwa pahit berlaku ke atas keluarga mentua aku...
lepas isyak aku siap2 nak ke kedah.. balik kg.. aku ada kursus kat BAGAN...bagan nie nama glamour utk Butterworth...
aku, wife ngan anak aku ja yang balik...
jam 1.30 pg lebih kurang macam tu...kami sampai Baling...kg halaman aku...
SMS bagi tau kat mak mentua aku yang kami dah sampai...
masa on the way balik tu dah dekat nak sampai Kroh... ada BABI lintas... sib baik aku cool...
kalu x masuk parit...huhuhuh...
pukui 2 lebih lepas mak aku ngan kakwa dok sibuk layan anak aku... aku masuk tido... nun esok pagi koi 6.30 kena pi Bagan...tempat kursus tak tau lagi tang mana... dalam tempoh nak tido tu Aniq teriak lain macam...hai...cuak aku... kena sampuk ka hapa nie anak aku... teriak lain macam ja.. mak aku dodoikan dia...sambil baca2 apa yang patut...alhamdulillah tido jgk dia...

Kol 8 lebih aku sampai tempat kursus...nasib baik cousin aku join juga kursus tu... dia yang amek aku kat stesen bas baru kat Bagan (Butterworth)...
aku call wife aku...nak bagi tau yang aku dah sampai... dia teriak2... aku heran... dia kata rumah mama perompak masuk... wan, ayoh, adik kena ikat...ma dia tak ikat...pisau ada kat tengkok wan... abis dia punggah almari cari duit... jumpa seketoi kat dia...banyak la juga...7k ada laa... duit nak bayar sewa kedai, duit keta, duit belanja...huhuhuh celaka punya indon...
tapi Alhamdulillah depa tak cederakan family wife aku... mujur jugak dia tak masuk bila tidoq aku...
depa trauma... sampai amek keputusan nak jer jual rumah tu... tapi alhamdulillah...semangat meraka semakin pulih..tak jadi jual rumah tu...

Friday, January 9, 2009

Solat Jumaat

Posted by FiguRa

hari nie lepas jer solat jumaat... masjid jamek adakan solat hajat... tujuannya untuk keselamatan dan kesejahteraan serta perlindungan rakyat di Palestin.. aku rasa kebanyakkan masjid ada buat... selepas jer selesai depan pintu masuk ada perhimpunan bantahan terhadap Israel dan sekutu... depa semua kutuk rakyat israel yang tak berhati perut tu...

Bila Palestin akan aman nie....

Wednesday, January 7, 2009

Campaign to boycott US goods

Posted by FiguRa

KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumers Association, along with Muslim restaurateurs and several Muslim non-governmental organisations, will be launching a campaign to boycott American products tomorrow. (NST http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/2446060/Article/index_html)

Tuesday, January 6, 2009

Obama says US economy 'very sick'

Posted by FiguRa

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.



Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.( Sumber di sini http://news.bbc.co.uk/1/hi/business/7811326.stm)

Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. (http://uk.biz.yahoo.com/06012009/323/auto-sales-crash-2008-hits-lowest-level-since-1992.html)

Azraai tidak turunkan Helmi

Posted by FiguRa

Al-Hafiz akan galas tugas penjaga gol Kedah bertemu NS malam ini. AKSI longgar dalam perlawanan Sumbangsih Sabtu lalu, memaksa penjaga gol utama Kedah, Helmi Eliza Elias memberi laluan kepada Mohd Al-Hafiz Hamzah, bagi pertemuan dengan Negeri Sembilan dalam Liga Super di Paroi, malam ini. Ini disahkan jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah yang menjelaskan Helmi yang juga penjaga gol kebangsaan, yang melepaskan tiga gol mudah ketika Malaysia tewas 3-2 di tangan Vietnam sewaktu Piala Suzuki-AFF bulan lalu, akan direhatkan buat seketika. (berita harian)

Monday, January 5, 2009

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

Posted by FiguRa

(10 Muharram, bersamaan Rabu, 07 JAN 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Apa dah jadi...

Posted by FiguRa

'Badi Phuket' terus hantui penjaga gol Kedah, lepas 3 gol separuh masa pertama

IBARAT kenari patah sayap, Kedah dipaksa menanggung derita diaibkan 1-4 oleh Selangor yang menggondol Piala Sultan Ahmad Shah hasil kemenangan meyakinkan pada aksi Sumbangsih Liga Malaysia 2009 di Stadium Darulaman, malam tadi. Igauan itu dirintis Helmi Eliza Elias yang mengulangi ‘tragedi aksi’ bersama skuad kebangsaan pada Piala Suzuki AFF lalu apabila dia bertanggungjawab mengakibatkan Kedah tertinggal tiga gol selepas hanya 35 minit pertentangan. (berita harian)


Sakit hati aku bila tengok bola Kedah vs S'gor...
3 gol bola mudah dlm masa 35 minit... last sekali aku bg remote kat wife aku suh dia tengok citer yang dia nak tengok... aku masuk bilik solat isya' pastu tengok movie transporter 3... baru layan... kalau Helmi terus main macam nie habis la kedah...