Wednesday, February 11, 2009

Jin di sembelih - "Mati atau tidak"

Posted by FiguRa

Sabda RasuluLLAH SAW dari Abi Said al-Khudri:

"Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah ia mengarahkannya ia keluar (sebanyak 3 kali). Jika ia enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan"

Berdasarkan hadis di atas ada beberapa iktibar yang boleh kita ambil :

1. Wujudnya jin Islam, maka amat silaplah golongan yang berpegang "sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia"
2. Adanya kumpulan jin yang bernama "awamir" yang suka tinggal di rumah manusia
3. Jin boleh dilihat tetapi bukan pada bentuk asal
4. Boleh membunuh jin setelah diberi amaran sebanyak 3 kali
5. Tidak banyak perbezaan dari segi fizikal antara jin dan syaitan, apabila jin engkar ia dikategorikan sebagai syaitan
6. Jika jin masuk rumahpun boleh dibunuh tentulah lebih wajib membunuh jin yang masuk ke badan manusia. Kerana kerosakan apabila jin berada di badan lebih besar dari sekadar berada di dalam rumah.

Persoalan mati atau tidak bukan hak kita. Kerana yang memati dan menyembuh adalah hak mutlak ALLAH... jangan suka membuat andaian tanpa asas atau sandaran.

http://akrine.blogspot.com/2009/02/sandaran-dan-pre-caution-membunuh-jin.html

0 comments: