Thursday, June 11, 2009

Adik beradik bola sepak

Posted by FiguRa

PENGURUS Fulham, Roy Hodgson berharap dapat mengikat Digao, adik kepada bintang Brazil, Kaka yang sudah berhijrah ke Real Madrid. Adik beradik dalam sukan bola sepak bukanlah satu keganjilan, jadi berikut disajikan 10 pasangan adik beradik ternama dalam sukan itu.

1. Bobby dan Jack Charlton
Legenda Manchester United, Bobby Charlton bermain buat kelab itu 805 perlawanan manakala adiknya Jack beraksi buat Leeds sepanjang kariernya dengan 773 penampilan. Kedua-duanya bermain buat pasukan England yang memenangi Piala Dunia pada 1966.

2. Ronald dan Erwin Koeman
Erwin bermain buat FC Groningen dan KV Mechelen tetapi kejayaan terbesarnya hadir bersama PSV Eindhoven, yang mana dia menang kejuaraan Eredivisie dua kali (pada 1991 dan 1992). Ronald lebih menyerlah di kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, yang mana dia tampil sebanyak 191 kali.Erwin kini menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Hungary, manakala Ronald dipecat daripada kelab terbarunya, Valencia, awal tahun ini.

3. John dan Justin Fashanu
Justin muncul pemain kulit hitam pertama Britain dengan tanda harga satu juta pound apabila Nottingham Forest membeli pemain berusia 19 tahun itu pada 1980. Adiknya John, beraksi dengan banyak kelab antaranya Millwall, Norwich City, Wimbledon, Aston Villa dan studia TV Gladiators dan meraih dua penampilan bersama pasukan England.

4. Gary dan Phil Neville
Kedua-dua pemain pertahanan memulakan karier mereka di Manchester United. Gary masih berada di sana selepas menghabiskan musim lalu di tepi padang dan bercadang kembali berada dalam pasukan utama United musim depan. Adiknya Phil menjadi pemain utama dalam skuad David Moyes di Everton sejak berpindah dari Old Trafford pada 2005.

5. Xabi dan Mikel Alonso
Abangnya, Mikel tampil lapan kali buat Bolton Wanderers musim lalu selepas menyertai kelab itu secara pinjaman dari kelab Sepanyol, Real Sociedad. Xabi pula menjadi tonggak utama di Liverpool sejak berhijrah dari Sociedad pada 2004.

6. Frank dan Ronald De Boer
Pemain kembar, Frank dan Ronaldo kedua-duanya bermula di kelab Belanda, Ajax Amsterdam. Ronald kekal di kelab itu hampir keseluruhan kariernya dengan membuat 328 penampilan manakala abangnya bertukar kelab dan menamatkan kariernya di Rangers. Kedua-duanya mewakili pasukan kebangsaan Belanda, dengan Ronald meraih 67 cap manakala Frank 112.

7. Rio dan Anton Ferdinand
Sekalipun kedua-duanya menjadi produk akademi terkenal West Ham, Rio dan Anton tidak pernah berpeluang beraksi bersama-sama di Upton Park. Rio meninggalkan kelab itu menyertai Leeds pada 2000 dna kemudian muncul pemain pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak Britain apabila dia berpindah ke Manchester United dengan harga STG30 juta (RM168 juta) pada 2002. Adiknya Anton mengetuk pintu skuad utama West Ham pada 2003 sebelum berhijrah ke Sunderland September lalu.

8. Shaun dan Bradley Wright-Phillips
Anak bekas legenda England dan Arsenal, Ian Wright kedua-duanya muncul bintang pasukan simpanan di Manchester City. Shaun membuat perpindahan dengan perbelanjaan besar ke Chelsea pada 2005 manakala adiknya Bradley berhijrah ke Southampton setahun kemudian.

9. Michael dan Graeme Carrick
Satu lagi hasil akademi West Ham, sekalipun tidak begitu berjaya seperti keluarga Ferdinand. Michael kini menyinar di bahagian tengah Manchester United manakala Graeme sudah tidak keruan selepas dilepaskan oleh West Ham pada 2005.

10. Fabio dan Rafael Da Silva
Kembar kedua dalam senarai tetapi tidak begitu berjaya seperti keluarga De Boer setakat ini. Fabio dan Rafael adalah pemain sayap kanan dan kiri yang menyertai Manchester United dari kelab Brazil, Fluminense. Mereka hanya berusia 18 tahun, tapi banyak lagi boleh diharapkan daripada mereka.
(petikan dr Metro)

0 comments: