Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru

Posted by FiguRa

selamat Tahun Baru untuk semua... semoga hidup kita di berkati dan di rahmati oleh Allah s.w.t

21.12.2008 aku bersiap-siap nak pi gunting rambut... wife aku..anak aku dah siap semua.. mak aku ngan adik2 aku pun... jam dah 12 tgh hari... nak cepat pasai panas..kesian anak aku nanti.. sebelum kluaq dari rumah mak aku dapat call dari alor staq... paksu aku meninggal dunia.. Innalillah... pak su baru berumur 35 tahun.. ada 2 org anak... sebak aku dengaq... kami terus packing baju... balik kg... dah dekat setahun aku tak jumpa paksu... raya hari tu pun tak dan nak jumpa.. dia balik umah mak dia... kebetulan aku memang dah amek cuti minggu tu... so boleh la aku pi umah dia... sekarang cuma tinggal kenangan aku ngan paksu... (aku jatuh bendang tangkap katak dengan dia..nak wat umpan ikan haruan)

Al-fatihah

Salam Maal Hijrah

Posted by FiguRa

Hari nie hari terakhir bagi 2008... hari nie jugak aku start keja... aku cuti start dari 22.12.2008 lagi... Salam maal hijrah untuk semua

Friday, December 19, 2008

Ranking merosot

Posted by FiguRa

Merosot lagi... Skuad bola sepak malaysia merosot lagi...
dari 151 ke 156 ranking dunia... Adoi...macam mana nie...

Sudah di jangka...MU akan ke final dalam merebut Piala Kelab Dunia. United kini perlu mengatasi pasukan Ecuador, Liga de Quito, Ahad ini untuk meraih salah satu mahkota yang belum dijuarai dalam sejarah kelab itu.

Ujian HIV wajib 2009

Posted by FiguRa

Peraturan yang mewajibkan bakal pengantin beragama Islam menjalani ujian saringan HIV, akan dikuatkuasakan di semua negeri di Semenanjung, mulai tahun depan.

Bagus la kuatkuasakan...nanti tak ada la yang menjadi mangsa dari pembawa...

Thursday, December 18, 2008

Human Touch in TOYOTA!

Posted by FiguRa

Sardar jee!! Funny enough!!

Posted by FiguRa

Boss: Where were you born?
Sardar: India ..
Boss: which part?
Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India .


Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked what you did till evening.
Sardar: Keyboard alphabets were not in order, so I made it alright.


At the scene of an accident a man was crying: O God! I have lost my hand, oh!
Sardar: Control yourself. Don't cry. See that man. He has lost his head. Is he crying?


Sardar: U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is 'All India Radio! '


NOW THE LAST TWO ULTIMATE:
In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr. .....
Inteviewer shouts: Stop it.
Sardar: Dhhuurrrr dhup dhup dhup...

New Honda City

Posted by FiguRa




The Honda City is now in its third generation. Honda Malaysia has officially announced that the new 2009 Honda City will be launched in mid-December 2008! A date has been set for the 18th of December 2008 (Today). One of salesman said the price may be arround RM 88k - RM92 but It will be sold in Thailand for between 524,000 to 694,000 Thai baht. Huh...cheaper then Malaysia price.

Wednesday, December 17, 2008

Macam-macam hal

Posted by FiguRa

Berita Harian - Adu jika radio guna bahasa pasar

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya terdapat mana-mana stesen radio di negara ini menggunakan bahasa pasar dalam sistem penyampaian mereka, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Berita Harian - Aidil-Rita Rudani nikah di Thailand, Februari lalu: Bapa

KUALA LUMPUR: Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak berkata anaknya itu sudah bernikah dengan pelakon, Rita Rudani, Februari lalu tanpa pengetahuannya.

Berita Harian - Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi

Penurunan kali kedua bulan ini, ketujuh sejak naik berikutan penyusunan semula subsidi PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 10 sen lagi berkuat kuasa hari ini, menjadikan harga petrol RON97 kini RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel RM1.70 seliter.

Friday, December 12, 2008

Dah sebulan

Posted by FiguRa





Usia anak aku dah masuk sebulan...cepat betul masa berlalu... semakin lama semakin berubah muka dia... semakin cerah kulit dia... belum masuk sebulan dah nak borak2 dah... eermm cepat tol anak ayah nie...yang mai tengok dok tanya dah brapa bulan...hehehe padahal baru sebulan...

Wednesday, December 10, 2008

Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa

Posted by FiguRa


Pagi tadi borak-borak dengan kawan aku sambil brkfast... Dia kata nie dugaan dari Allah...
Depa tak pernah minta bantuan dari orang...sekarang la time depa minta bantuan... bagi la depa rasa macam mana orang susah selalu minta bantuan...Kita yang tak kena macam nie kena la ingat-ingat bila senang... Allah s.w.t akan tarik bila-bila masa saja Dia nak... eerrmm pikir-pikirkan la... Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita...

Aidil Adha

Posted by FiguRa

Hujan dah start turun pukui 4 pagi...sejuk beb... malas ja nak bgn pagi tu...
kui 6.30 bgn solat subuh pastu sambung tidoq sat... kui 7.30 bangun plak...hujan lagi...
malas rasa nak bangun... tp hari tu raya haji...raya korban...raya aidil adha... panggil la mana2 pun...sama makna... aku gi masjid ngan pak mentua aku... time tu hujan "rabu-rabu" kata org kedah... adoi..dah nak start selesema... tapi sib baik x kena teruk lagi... sampai masjid..ada 4 ekoq lembu yang nak kena korban... yang aku nampak..tp jumlah keseluruhan 8 ekor.. itu kat masjid saja... tapi hari tu jumlah keseluruhan kawasan kg sri kundang dok ada 30 ekoq lembu... banyak tuu... tazkirah sikit... pastu solat... tiba-tiba ada org jatuh kat depan aku... rakaat pertama time tu... aku x tau pasai pa... dia terus keluaq lepaih tu... xtau pi mana... yala takkan aku nak keluaq tanya dia pasai pa...time tu aku solat...hehehe... selesai solat...still hujan lagi...
hujan satu hari bawak sampai ke malam...

Salam Aidil Adha...

Friday, December 5, 2008

Salam Aidil Adha

Posted by FiguRa

Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah


Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah). Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah). Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, "Seutama-utama hari adalah hari Arafah".
Amalan yang dianjurkan padanya


1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: "Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga".

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, "Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu".
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padaNya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)".

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihNya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.


7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : "Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.


10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Kejadian tanah runtuh

Posted by FiguRa




Petang semalam dapat call dari kawan aku... Dia bagi tau ada tanah runtuh dekat CIMB jalan semantan...Opis boss aku... abis 11 biji kereta tertimbus...opis kat sana mungkin di tutup selama seminggu atau lebih...ya la...nak siasat..kot-kot ada berlaku paip pecah ker, crack ker, or aper2 masalah berkaitan maintenance....

kejadian nie berlaku di tempat yang sama di mana sorang wanita jatuh dengan kereta dia sekali tahun lepas....

Thursday, December 4, 2008

Pesanan dr fadilah kamsah

Posted by FiguRa

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Sebelum aku terlupa...
kepada kengkawan semua di jemput hadir ke majlis cukur rambut anak aku pada hari sabtu 06.12.2008...
Sila sms untuk dapatkan address...hehehe...
majlis berlangsung jam 9.00 pagi...

Tuesday, December 2, 2008

Dah Disember 2008

Posted by FiguRa

dah penghujung tahun dah...macam-macam cita...macam-macam hal berlaku...
semalam member sms suruh tgk bulan... kebetulan aku baru sampai balik dari kerja... aku tengok...tapi tak nampak... ari nie masuk paper... bulan tersenyum... itulah kuasa Maha Pencipta... Dia mampu menjadikan sesuatu...
Ari ahad hari tu aku ngan pak mentua aku cat bilik...dia banyak tolong aku cat bilik...
Tima kasih ayoh....untung aku dapat pak mentua cam nie...hehehe

Friday, November 28, 2008

sibuk betul aku...

Posted by FiguRa

sibuk sikit aku la nie...
projek baru belum "setel" lagi...
mana nak ligan dgn daily work...
target day for project gaban nie...yang ntah apa-apa punya instruction...
pagi cakap lain..petang ckp lain... "ten sen" aku...
nie pun curi2 masa nak taip..hehehe sibuk kan...

Thursday, November 20, 2008

Loan rumah dah lulus...

Posted by FiguRa

Alhamdulillah... loan umah dah lulus...
bulan depan boleh la angkat barang...
suka mak aku bila loan umah dah lulus...
tapi yang tak bestnya mak aku tak boleh menanam macam dulu...sebab umah tu dah xda tanah... abis tuan umah perbesaq umah tu... tapi xpa..tanam ja dalam pasu...hehehe tak pun hidroponik...bukan hidup pok nik..hahaha

Monday, November 17, 2008

Ahmad Aniq Abqari Bin Mohammad Basri

Posted by FiguRa





Alhamdulillah...jam 2.43 ptg hari jumaat 07.11.2008 anak pertama aku dilahirkan...
Segala urusan berjalan dengan lancar...alhamdulillah Allah s.w.t permudahkan...



Thursday, November 6, 2008

Perkara-perkara pelik yang kita tak tau

Posted by FiguRa

Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas*
Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.*
Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.*
Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.*
Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.


Semasa anda duduk, putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam.Dalam masa yang sama cuba tulis nombor 6 menggunakan tangan kanan anda... ..Kaki anda akan bertukar putaran jam secara spontan, atau tersangkut.. .Kenapa?? tak percaya ?? THERE IS A LOT OF THINGS WE DON'T KNOW ABOUT OURSELVES !!

Wednesday, November 5, 2008

Nur Aneesa Qistina...

Posted by FiguRa

Semalam lebih kurang jam 10.30pg...Nur Aneesa Qistina selamat di lahirkan. Nur Aneesa Qistina anak kepada abg ipar aku... Kalau ikutkan due sepatutnya minggu depan baru dia di lahirkan... memandangkan keadaan Aneesa yang songsang masa dalam kandungan, maka terpaksalah Anisya di lahirkan secara "operate". Alhamdulillah semua selamat dan berjalan dengan lancar... Segala urusan dipermudahkanNya... Aku tumpang gembira...
Tahniah Amin & Kak Ros.

Monday, November 3, 2008

Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE)

Posted by FiguRa

Jam 9.00pg... aku, pak mentua ngan adik ipar aku gerak pi ker AKRINE...
Sebelum kesana aku call dulu ust Majid...utk tetapkan hari rawatan...
aku dapat tau AKRINE nie dari kawan aku...
seorang pengamal perubatan islam juga...tp dia ada dekat Bukit Mertajam...jauh sangat untuk aku ke sana...cuma boleh minta tolong dia untuk "scan" dari jauh saja... terbukti ada sesuatu yang tidak kena pada pesakit...jadi dia minta aku berjumpa ustaz majid...
AKRINE tak jauh dengan rumah mentua aku... dalam 10 minit boleh sampai...
9.30pg sudah bermula sesi rawatan setelah semua penjelasan tentang permasalahan di beritahu kepada ustaz majid... aku bawa gambar pesakit... al-hamdulillah berkat dan dengan izin-Nya ada tanda2 perubahan keatas pesakit... insyaallah mudah2an akan sembuh...p/s dari ustaz supaya membaca yassin 7 mubin dan di hembus ke dalam air dengan setiap doa yang sama.

Yassin 7 mubin mempunyai pelbagai kelebihan...
bacaan yang perlu di lakukan dengan cara sesudah sampai pada ayat mubin yang pertama di baca doa dan di hembus ke dalam air, kemudian di ulang bacaan yassin tadi dan sampai di mubin ke dua di bacakan doa yang sama dan di hembus kedalam air, kemudian ulang semula bacaan yassin, sehinga mubin ke tujuh dan berdoa dengan doa yang sama kemudian hembus pada air.. dan di sudahkan bacaan yassin tadi.

Air yassin 7 mubin tadi di beri minum kepada pesakit.
Boleh di mandikan.
Dicampur dengan minuman dan makanan.

anda boleh rujuk dengan ustaz majid. contact number ada dalam laman blognya.

03.11.2007 / 22 Syawal 1428

Posted by FiguRa

Setahun telah berlalu...
Tepat jam 5 pg...ayah menghembus nafas terakhir di sisi kami sekeluarga...
Adik2 ayah pun ada...kecuali yg bongsu...Chu tak dapat hadir sebab anak dia masuk wad (Asma)... Kami semua doakan agar ayah ditempatkan bersama2 dengan orang yg beriman dan beramal soleh...
Al-Fatihah

Wednesday, October 29, 2008

Menanti Kelahiran

Posted by FiguRa


Dalam dok sibuk dengan projek baru nie... aku masih dok tunggu wife aku bersalin... bila agaknya ya... due on 08.11.08... eermm no 8 lgi...hehehe...ari tu panik jap aku...wife aku sakit dari awal pg sampai kat tengah hari...ingat dah nak bersalin..tapi dak gi..sabaq sabaq...

Di akhir syawal

Posted by FiguRa

Hari nie hari yg ke 29 syawal... open house masih lagi ada...lepas jer cuti raya... ada new projek...
so sekarang nie aku focus kat new projek nie... pasal next year akan pindah ker new building, new environment, dan segala macam new...hehehe... so xsempat la aku nak meng"update"kan blog aku nie... wal hal macam2 citer ada sepanjang syawal nie... jadinyer story mory nie xdpt la aku kongsi sgt...pasal projek belum siap...huhuhuhuhu...
So sekarang nie aku tumpu pada projek aku... sebagai librarian.. aku kena reorganise semula collection yang ada kat library nie... adoi...banyak plak tu collection...tp xda la banyak cam academic library...hehehe... tp aku tetap keja cam biasa...5.45 terus balik...xder wat OT..hahaha
Penat ooo..balik lambat2...so kat new building nanti dengar citer library akan di tempatkan di tingkat 18...makin tinggi la plak...huhuhuhu... nanti kalu wat fire drill alamak teruk aku nak merangkak naik turun tangga...uhuhuhuhu....tapi yang best sebelah SOGO jer...hehehehe...

Thursday, October 16, 2008

*Lawak sakit jiwa*

Posted by FiguRa

*Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur.

Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a halim, L ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang,agak- agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah
malam. *

*Siwarder penjaga hospital ni rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap" Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu
side A, meniarap tu side B la bodoh"*

Harga minyak turun lagi

Posted by FiguRa



Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter; Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Tuesday, October 14, 2008

ISU MELAMIN -LANGKAH BERJAGA-JAGA

Posted by FiguRa

eermm...nie bukan masalah negara lagi...tp masalah dunia...aku tak tau berapa banyak produk susu yang kena tarik balik...aku ingat melamin nie di campur dalam produk susu saja...cawan pun ada...baru nie aku amek set cawan dari rumah mak aku...dari jenama ++++ (eermm leh ker aku sebut nie..sapa nak tau sms jer la aku...kang salah sebut ada yang saman hahaha) terkejut plak aku cawan tu dibuat dengan bahan dan di campur dengan melamin...nasib baik la aku tak guna lagi...wife aku yang perasan semua tu...hehehehe...

Parking di KL

Posted by FiguRa

Hari nie aku mai kerja ngan kereta...wife aku tak larat nak jalan sangat...tunggu masa ja nak bersalin...lagi pun ada bagus juga time2 gini aku bawak kereta...nanti kalu emergency tak la aku kelam kabut sangat... so aku ngan wife keluar awal sikit dari kebiasaan...dlm 7.30 gitu kot...
masa tu jalan dah start jem dah...jalan menghala ke jalan lok yuew... hari nie aku dapat pengalaman baru... bawak kereta gi kerja dalam keadaan jem... orang yang selalu ikut jalan tu dah lali agaknya...lenguh jgk kaki aku dok main brek...kereta auto..so tak payah tukar gear... dok KL nie kena pakai kereta auto...kalu tak sakit la kaki time jem...
Aku park kereta dekat dengan bank Muamalat..dekat jugak ngan opis wife aku...
nah amik...RM21.00 untuk 1 hari punya parking...adoi... mahalnya...tp kira murah la dari parking dekat OCBC Bank...sejam RM5.00...kalu kali 8 jam?? heermmm...abis duit minyak seminggu....sampai opis aku call cik nazri...dia bahagian maintenance opis aku...aku bagi tau yang aku terpaksa mai kerja ngan kereta wat masa la nie...sampai la wife aku selamat bersalin...
aku ingatkan dia xleh nak bagi...ya la parking kat opis aku nie cuma untuk big boss, boss2 and customer or client saja....hehehe...dia ON...so apa lagi..selamat la duit aku...hehehe..
Thanks Bro Nazri...

Thursday, October 9, 2008

Raya ke 3

Posted by FiguRa






eermm awal2 pagi lagi pak imam dah sembelih lembu... aku tak sempat nak tengok...
tumbang sekoq lembu...ttak la besaq sangat...50kg lebih kot... semua org dah start gotong royong nak masak...tp aku...hehehe...aku ngan wan sepupu aku gi sungai petani... gi umah yg dia beli...tebang pokok duri hutan...tumbuh sampai ke atap dah... loteh betul aku... lepas tebang pokok gi umah marka dia plak...da la aku pakai sempoi ja ari tu...argh belasah ja...dah setel balik la aku ke rumah tok aku td nie...semua dah siap masak...org dah makan dah... depa wat sup daging ngan cicah air asam...perghhh sedap tu...makan cara kampung... abis semua... heermm apa lagi... pas mkn ngantuk la..hahaha... lepak jap kat umah pak ndak aku... petang tu dan la bergambaq sikit ngan adik beradik yang lain... yang mana ada kat situ ja..hehehe ya la dah yang lain da balik... masing2 ada hal... huuuhuh

Aktiviti malam raya ke 3

Posted by FiguRa






apa lagi...mula tu rancang nak bakar ayam hari raya ke 3...tp tak jadi pasai sedara mara ramai sangat...so esok tu tumbang sekoq lembu... tp mlm tu aku ngan sepupu aku yang lain bakar ayam...hahaha... best2

Hari Raya Ke 2

Posted by FiguRa

nie dok kalut nak bergambaq...

yang nie plak dok kalut nak amek gambaq...


aku dengan mohamad danial mukriz anak sepupu aku



amboi bergaya sakan hgpa nie noh




nie empat bersaudara...baju pink tu mak aku...yang sebelah kiri tu mak su aku


sebelah kanan sekali makteh then mak lang aku... abg2 mak aku tak da dalam gambaq..depa tak da kat situ masa tu


adik bongsu aku fahir dengan kak dia (kak wa)


mak ngan ayah mukriz (yasmin & rosdi)


Hari raya kedua jalan2 kot area umah sedara mara sebelah mak aku...meriah betul...

Suasana Di Aidil Fitri

Posted by FiguRa

Kesian kat aku kena pakai sampin sorang2....



nie kat umah abg aku...dia kuaq pi isi minyak keta..


dua adik aku yang suka amek gambaq...nie depan umah aku...

aku & aimi...posing sebelum gerak gi aloq staq..ziarah pusara ayah aku...

Salam syawal

Posted by FiguRa

Hari nie dah 9 hari kita beraya...rasa sat ja...lemang ketupat da abis da..yang ada kuih raya.. tu pun kalau ada...kalau tak tinggal "seredak" koi raya ja...tapi selalunya seredak koi raya tu la yang paling best...sepanjang ramadhan alhamdulillah semuanya baik...perjalanan balik kampung aku pun segalanya selamat..Alhamdulillah...memang meriah beraya kat kampung..main mercun... bakar ayam... macam2 hal la aku buat kat kampung...penat pun belum hilang lagi nie...
mari kita tengok gambar yang sempat aku amek...

Friday, September 26, 2008

Duit Raya

Posted by FiguRa

Duit raya untuk kengkawan


Sampai saja opis, aku kalut dok isi borang tukaq duit...ramai kawan2 pesan tukaq duit.. banyak pulak tu... adoi... pening nak kira nie... dah siap..turun gi ATM nak jolok amek duit...tu dia que panjang pulak... penat nie tunggu lama-lama... aku pun pi la kat OCBC...jolok duit kat situ then terus tukaq duit kat situ... tp kat situ duit tukaq limit ja...aku tak kisah la janji tukaq dulu untuk aku...hehehe dapat la budak2 tu nanti duit baru...kat kaunter opis aku yang tinggai duit lama...
so kawan2 aku nanti dapat la duit lama...hehehe nak wat macam mana...tp value tetap sama.. tu penting...hehehe...aku tinggalkan form kat kawan aku... petang nie dia antaq duit kat aku... tu dia "special service" duit hantaq kat meja aku...hahaha big boss kat sini pun tak dapat macam aku dapat...hehehe apa pun thanks bro tolong tukar untuk aku...

Thursday, September 25, 2008

LRT-Rapid KL berlanggar

Posted by FiguRa


Kesiannyer... Alhamdullillah semua selamat... cuma empat penumpang ja yang cedera selepas dua tren dengan enam gerabak berlanggar kira-kira 200 meter dari Stesen Bukit Jalil petang kemarin. Perlanggaran itu berlaku jam 6.30 petang apabila sebuah tren di hadapan berhenti secara tiba-tiba sebelum dirempuh satu lagi tren dari belakang. Kejadian itu menyebabkan kira-kira 300 penumpang di dalam kedua-dua tren berkenaan terperangkap kira-kira 25 minit sebelum diselamatkan pekerja RapidKL.

Wednesday, September 24, 2008

Anwar: Pakatan 'tidak tergesa-gesa' tukar k'jaan

Posted by FiguRa


Malaysiakini - Setelah gagal dalam projeknya untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September dan semalam, PKR mula mengendurkan langkahnya selepas bertemu tokoh-tokoh utama PAS dan DAP. Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan "terus mengejar matlamat kami dengan berhati-hati" dan "tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa" yang boleh membawa keadaan tidak stabil dan tidak menentu dalam negara.Seperti perdana menteri, penasihat PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi proses penggantian kerajaan pusat.


Hakim SM Komathy Suppiah yang mendengar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan pada 7 Oktober depan sama ada ia akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pagi ini, Hakim SM Komathy Suppiah mendengar hujah dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Berita Baik

Posted by FiguRa


Harga minyak mungkin dikurangkan 15 sen

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin menurunkan harga bahan bakar sehingga sebanyak 15 sen, kata Ahli Ekonomi dan anggota Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Zainal Aznam Yusoff. Katanya kerajaan berkemugkinan mengumumkan harga baru itu selepas mesyuarat Kabinet, hari ini. Beliau berkata, kerajaan akan menunaikan janjinya untuk mengkaji semula harga bahan bakar setiap bulan.

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,


Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,


Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,


Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,


Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2


Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,


Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,


Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,


Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,


Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Tuesday, September 23, 2008

PaNtun Raya MalaYsiA

Posted by FiguRa


kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksey laju
Nanti rayo daley sepita

Terengganu...

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...

Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang ..

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Monday, September 22, 2008

Balik Kampung

Posted by FiguRa

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

(Balik Kampung: Sudirman)

insyaAllah 27hb nie aku akan balik kampung...kampung yang nun jauh kat utara nun...
Bila hayati balik lirik lagu nie...sedih jer aku...huhuhuhu...

Tak sabar aku nak balik...

Cavenzi

Posted by FiguRa

Nie dia set bedroom tu


Semalam on the way ke shah alam...aku singgah jap kat cavenzi kg subang...aku,wife ngan apis...
mula saja2 nak usha set bedroom... ya la bilik kami kat umah mentua belum ada set bedroom lagi... maklum la bilik baru siap...hehehe... lagi pun aku terpikir nak duduk ngan mentua aku bila wife aku bersalin nanti...and mungkin anak aku nanti kakak ipar aku yang jaga... so usha punya usha ada satu set bedroom aku ngan wife aku kenan..."kautim" baik punya ngan sales man tu so aku dapat la reasonable price...dia bg gift pinggan mangkuk china...3 biji bantal..and 2 biji bantal kecik...hehehe...letak dalam keta aku cun jgk... so apa lagi..angkat la satu set bedroom...ngan katil apis sekali...hehehe...mula nak tengok jer last skali terbeli plak...hehehe...

Friday, September 19, 2008

Anwar tuntut Parlimen adakan sidang khas

Posted by FiguRa


MalaysiaKini - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang khas untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September."

Ini mengikut Peraturan 11 (3) Parliament sebagai respons segera terhadap politik hari ini," katanya.

Thursday, September 18, 2008

KelaHiRan -Ady PutRa

Posted by FiguRa

Angin meniup
Seluruh alam semesta
Terangnya amat menyilaukan pancaindera
Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dari lubuk hatiku puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat Sukar Disebut lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda……….

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama

Lawak-Lawak

Posted by FiguRa

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda lalu bertanya, "Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan? "Oh, boleh saja" kata gembala itu. Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?" "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala. "Yang putih." "Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun sama." "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?" "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" "Yang putih." "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun sama." "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?" "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" "Yang putih." "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun sama." Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya, "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja" Gembala itu menjawab, "Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya." "Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu, "...kalau yang hitam tu pulak siapa punye?" "Yang hitam pun sama," kata gembala itu.

Musibah tanpa tonggak import

Posted by FiguRa

PEMAIN Al-Muharraq, Ibrahim Ali Hassan (23)
cuba menanduk ke arah gawang Kedah sambil
cuba dikekang Baddrol Bakhtiar dalam
saingan suku akhir pertama Piala AFC di Manama, kelmarin.


Berita Harian-TANPA pemain import selain keletihan mengharungi perlawanan pada bulan Ramadan menyaksikan Kedah terkulai 5-0 di tangan Al-Muharraq di suku akhir pertama bola sepak Piala AFC di Stadium Nasional Bahrain, semalam.



Sedih betul aku...pasukan negeri kesayangan aku tewas dengan jaringan yang besaq...macam mana nie....macam mana nak sumbat 6 gol nie...




Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo, (tengah), bersaing dengan pemain Villarreal, Edmilson, (kanan) pada kempen Liga Juara-Juara di Old Trafford, Manchester, pagi tadi. Manchester United catat keputusan seri 0-0 dengan Villarreal.

Wednesday, September 17, 2008

Jalan TAR

Posted by FiguRa


SESAK...Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini, adalah kawasan yang dikhaskan untuk penjaja kecil setiap kali tiba bulan Ramadan diserbu orang ramai khususnya warga Selangor yang mengambil kesempatan cuti umum Nuzul Al-Quran untuk keluar membeli belah. Warga Selangor mengambil kesempatan membeli belah hari ini bagi mengelakkan kesesakan yang biasanya berlaku pada cuti hujung minggu, sebagai persiapan menyambut lebaran yang kini hanya tinggal 13 hari saja lagi.

Tuesday, September 16, 2008

Calon PAS diisytihar menang di Sanglang

Posted by FiguRa

TAHNIAH!
Hashim Jasin diisytiharkan pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang buat kali ketiga berturut-turut selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini. Ust Hashim nie ayah pada kawan aku Nadia. Aku penah pi umah dia. Ayah dia simple ja orgnya... Pakai kain pelikat baju pagoda... tu dia YB Pas kita...jgn main2 Ust Hashim tu Pesuruhjaya Pas Perlis..

Khabar Gembira

Posted by FiguRa

Jam 2 petang tadi Sdr Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang akhbar.
Dia meminta kerajaan Barisan Nasional melepaskan kuasa secara aman damai dan tidak akan menggunakan undang-undang darurat.
Anwar telah berkata yang dia telah mendapat lebih dari 31 orang ahli parlimen dari Barisan Nasional yang kini menyokong Pakatan Rakyat.
Anwar Ibrahim telah meminta satu tarikh dan masa untuk bertemu dengan Abdullah Badawi.
Pertemuan ini bertujuan untuk menunjukkan kepada Perdana Menteri nama-nama ahli parlimen yang kini telah bersama Pakatan Rakyat

Monday, September 15, 2008

MyVi Ku

Posted by FiguRa

sebelum


sebelum lampu di cabut


selepas lampu di cabut

selepas semua siap

Lepas mandi aku siap2 kuaq pi car wash... dah naik hitam keta aku...
mana taknya seminggu dok umah...hujan panas dengan habuk lagi... memang hitam la...
aku kuaq ngan adik ipaq aku... cuaca cerah ja... elok sampai kat car wash..ada 2 3 biji kereta ... semua dari perodua... aku heran plak hari tu yang masuk semuanya perodua...ish ish...hari perodua kot..hahaha... pas cuci..aku pi kedai accessory keta... usha2 barang...hehehe...
aku tanya dia pasai spray lampu... pas borak2 cun kena gaya ngan harga aku pun suh budak cina tu buat... abis dia punggah keta aku... sampai jd cam pa lagi... buruk betul rupa keta aku nie tanpa bumper...huhuhuh....tp hasil dia cun gak hehehe


Friday, September 12, 2008

Kat Sogo

Posted by FiguRa


SALE! SALE! SALE!...memang meriah kalu kita gi sogo...
selalu jer ada promotion... KL dunia fesyen... kalau sapa2 nak beli kain baju murah2 kat sogo la...
macam2 jenama ada... sampai semua benda kita nak...mana taknya...sekali wat sale diskaun melampau-lampau... pening tengok bila sampai sogo... manusia pulak tak kira waktu tak kira masa... ada saja yang beli kat sogo... mai la waktu mana pun... kalu sale buat tengah bulan, orang tetap ramai kat sogo tu...Nie time nak raya nie lagi sakan SOGO wat sale... Macam2 depa nak turunkan harga...eermmm selagi ada sogo selagi tu orang ramai akan ke situ... kain baju berjenama banyak kat situ...