Monday, November 3, 2008

Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE)

Posted by FiguRa

Jam 9.00pg... aku, pak mentua ngan adik ipar aku gerak pi ker AKRINE...
Sebelum kesana aku call dulu ust Majid...utk tetapkan hari rawatan...
aku dapat tau AKRINE nie dari kawan aku...
seorang pengamal perubatan islam juga...tp dia ada dekat Bukit Mertajam...jauh sangat untuk aku ke sana...cuma boleh minta tolong dia untuk "scan" dari jauh saja... terbukti ada sesuatu yang tidak kena pada pesakit...jadi dia minta aku berjumpa ustaz majid...
AKRINE tak jauh dengan rumah mentua aku... dalam 10 minit boleh sampai...
9.30pg sudah bermula sesi rawatan setelah semua penjelasan tentang permasalahan di beritahu kepada ustaz majid... aku bawa gambar pesakit... al-hamdulillah berkat dan dengan izin-Nya ada tanda2 perubahan keatas pesakit... insyaallah mudah2an akan sembuh...p/s dari ustaz supaya membaca yassin 7 mubin dan di hembus ke dalam air dengan setiap doa yang sama.

Yassin 7 mubin mempunyai pelbagai kelebihan...
bacaan yang perlu di lakukan dengan cara sesudah sampai pada ayat mubin yang pertama di baca doa dan di hembus ke dalam air, kemudian di ulang bacaan yassin tadi dan sampai di mubin ke dua di bacakan doa yang sama dan di hembus kedalam air, kemudian ulang semula bacaan yassin, sehinga mubin ke tujuh dan berdoa dengan doa yang sama kemudian hembus pada air.. dan di sudahkan bacaan yassin tadi.

Air yassin 7 mubin tadi di beri minum kepada pesakit.
Boleh di mandikan.
Dicampur dengan minuman dan makanan.

anda boleh rujuk dengan ustaz majid. contact number ada dalam laman blognya.

0 comments: