Thursday, September 4, 2008

TazkiraRah Di SurAu AsSyakiRin

Posted by FiguRa

Setiap malam sebelum solat terawih...Surau kat rumah aku akan menjemput ustaz2 memberi tazkirah...semalam topik yang di sampaikan tentang RIBA... apa yang dapat aku simpulkan disini ialah...
Riba boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu :-

1) Riba Ad-Duyun ( Muncul dari Hutang) : Iaitu kadar lebihan faedah (Riba) yang terhasil disebabkan tempoh. Ia pula terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu :-

a- Riba al-Qardh : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih dari jumlah pinjaman pokok yangmana ianya telah disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract), dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam.

b- Riba al-Jahiliyyah : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang telah dipersetujui. Akibatnya si pemberi pinjam akan mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana minta tangguh pembayaran hutang atau gagal membayar hutang dalam waktu yang ditetapkan.

2) Riba al-Buyu' (Muncul dari Jual Beli Barangan Ribawi) :

Keterangannya : Iaitu ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi atau pertukarannya di buat secara tangguh. Ia pula terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu :-

a- Riba An-Nasak : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS secara tangguh (tidak disempurnakan dalam satu masa).
Contohnya :- 5 gram emas di jual dengan harga RM200; atau RM3,800 dijual dengan harga USD1,000 secara tangguh

Riba akan muncul apabila transaksi di atas berlaku secara tangguh. Dalam konteks semasa, Riba akan berlaku apabila wanita masa kini membeli emas secara tangguh.
Ia adalah termasuk di dalam Riba An-Nasak.

b- Riba al-Fadhl : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi yang SAMA JENIS dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti). Contohnya : Menukar 5 gram emas (jenis 916 ) dengan 6 gram emas (jenis kualiti 750) : HARAM kerana sepatutnya kedua-duanya 5 gram.

2 comments:

Nandre The Legend said...

aku semayang tarawih kat surau apartmen aku ja... kami buat sesama penduduk. aku baru pindah kat situ bulan 7 yang lalu, maka org yang dok situ tak la ramai lagi...

tapi dah buat AJK surau dan penduduk. maka kena la hidupkan surau tu.. surau Al-Ikhwan...


http://groups.yahoo.com/group/serinuang

FiguRa said...

bro...pindah umah kat mana plak??