Wednesday, September 17, 2008

Jalan TAR

Posted by FiguRa


SESAK...Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini, adalah kawasan yang dikhaskan untuk penjaja kecil setiap kali tiba bulan Ramadan diserbu orang ramai khususnya warga Selangor yang mengambil kesempatan cuti umum Nuzul Al-Quran untuk keluar membeli belah. Warga Selangor mengambil kesempatan membeli belah hari ini bagi mengelakkan kesesakan yang biasanya berlaku pada cuti hujung minggu, sebagai persiapan menyambut lebaran yang kini hanya tinggal 13 hari saja lagi.

4 comments:

luna said...

ini memang forever sesak
even pegi weekdays pun sesak
org malaysia ni mmg teror bab berbelanja

FiguRa said...

aku kadang heran la...byk pulak duit depa nie...harga barang naik depa marah...tp bab nie..aku pun tak faham laa

Nandre The Legend said...

yob, pasai raya nie, depa tak pernah merungut, yang penting pulush ada, semua benda jalan, nanti lepaih raya mula nak mengeloh, duit dah kerin.

hahahaahahahahha

semua depa nak beli, betui la duit depa kan? tapi berpada-pada la...ingat masa susah nanti (lepaih raya).

figura, aku harap hang tak camtu la... hang kena jimat sikit, baca nauzubillah banyak2.

FiguRa said...

hehehe...aku tahun nie utk nak raya apa pun aku tak beli... ye la lepaih raya wife nak bersalin...
tu lagi ponat..