Qari Indonesia, Mu'min Mubarok dan qariah Thailand, Fatimoh Harati masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke-50 di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini hari ini.Mu'min, 37, meraih markah 91.5 peratus, manakala Fatimoh, 52, memperoleh 92.83 peratus.

Qari Maghribi, Abdul Karim Elbaki Allah mendapat tempat kedua dengan markah 89.33 peratus dan tempat ketiga dimenangi Reza Mohammad Poor dari Iran dengan markah 88.92 peratus.

Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman pula mendapat tempat kedua dengan 91.5 peratus, manakala Nurfaezah Emran dari Brunei memperoleh tempat ketiga dengan 87.67 peratus.

Semalam penuh kejutan...tak sangka pulak aku sekarang nie qari dari luar kuasai top 5...
dulu selalu kita boleh teka malaysia, brunei, indonesia, iran saja yang kuasai...tp semalam negara luar macam maghribi da mula kuasai tarranum, tajwid dan semua segi...smp kuasa malaysia dah hilang... Croatia pun tersenarai dalam top 5... dulu mana ada...

Alhamdulillah sekarang dah ada persaingan yang sengit...Syarifah khasif naib johan AQ tidak menghampakan kita...TAHNIAH...

0 comments: